Bosan Terkurung di Rumah?

Makcik nak bagi cadangan sikit sempena PKP ni. Kalau korang ni dah biasa sangat bersosial, dan tak suka duduk di rumah, memang la rasa bosan ya amat. Makcik biasa tengok anak buah makcik yang umur 7 tahun tu, tak boleh duduk diam sekejap pun. Alasan yang biasa dia bagi, ‘bosan la’, ‘boring la’. Budak-budak… mana la tahu nak duduk diam kan?

Jadi, kat bawah ni makcik senaraikan 10 perkara yang korang boleh buat sementara duduk di rumah. Ni makcik tak ambil dari mana-mana laman web lain tau.

  1. Baca Al-Quran.
  2. Hafaz surah-surah Al-Quran.
  3. Ajar anak baca Quran.
  4. Belajar sesuatu yang baharu untuk kerja rasmi online.
  5. Belajar resepi baharu.
  6. Spring clean rumah.
  7. Buat kelas tuisyen untuk anak sendiri.
  8. Belajar bahasa lain.
  9. Tulis novel, cerpen, sajak dsb.
  10. Bersenam.

Makcik tau, makcik tak letak ‘tengok movie‘ dalam senarai, sebab benda tu tak payah cakap pun memang korang buat punya. Dah la free channel bersepah masa PKP ni kan? Tapi daripada terbazir sejam dua korang melayan movie, lebih baik buat perkara yang lebih berfaedah.

Senarai ni untuk makcik amalkan juga ye. Makcik pun bukan perfect.

Selamat mencuba!

#juststayhome #thankyoufrontliners #towardszerocovid19

Siapa Makcik Kiah?

Makcik ni manusia biasa je nak… Tan Sri (dan teamnya) yang buat makcik ‘famous’. Rasanya anak pun dah tahu makcik ni siapa kan?

Makcik duduk di PPR Desa Tun Razak dengan keluarga makcik. Makcik cari makan meniaga pisang goreng kat sini. Suami makcik sekarang ni driver Grab. Dulu pakcik kau kerja ‘gomen’. Sekarang bersara dah. Makcik ada anak sorang. Baru tiga bulan habis belajar kat universiti kat Shah Alam nun. Bujang lagi anak makcik ni. Tunggulah dah kerja kalau ye pun nak menikah, kan?

Sambil-sambil meniaga dengan urus rumah, makcik buat blog ni. Makcik bukan pandai sangat bab teknologi ni. Mujur anak makcik belum kerja, dia la yang bantu makcik buat blog ni.

Apa-apa pun makcik harap blog makcik ni dapat bantu anak sikit sebanyak.