Makcik ni manusia biasa je nak… Tan Sri yang buat makcik ‘famous’. Rasanya anak pun dah tahu makcik ni siapa kan?
Makcik duduk di PPR Desa Tun Razak dengan keluarga makcik. Makcik cari makan meniaga pisang goreng kat sini. Suami makcik sekarang ni driver Grab. Dulu pakcik kau kerja ‘gomen’. Sekarang bersara dah. Makcik ada anak sorang. Baru tiga bulan habis belajar kat universiti kat Shah Alam nun. Bujang lagi anak makcik ni. Tunggulah dah kerja kalau ye pun nak menikah, kan?
Sambil-sambil meniaga dengan urus rumah, makcik buat blog ni. Makcik bukan pandai sangat bab teknologi ni. Mujur anak makcik belum kerja, dia la yang bantu makcik buat blog ni.
Apa-apa pun makcik harap blog makcik ni dapat bantu anak sikit sebanyak.